PERANGKAAN PELAJAR

MRSM Pengkalan Hulu mempunyai lima kumpulan pelajar iaitu pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. MRSM PH mampu menampung kapasiti pelajar di antara lingkungan 700 sehingga 800 orang pelajar. Untuk tingkatan 1 hingga tingkatan 3, terdapat 4 kelas bagi setiap tingkatan manakala 8 buah kelas bagi menengah atas. Setiap kelas boleh memuatkan 30 orang pelajar. Tempoh pengajian di MRSM PH bagi menengah rendah ialah selama tiga tahun manakala bagi menengah atas ialah selama dua tahun. Selepas peperiksaan SPM, para pelajar akan diraikan dalam Majlis Graduasi untuk menandakan kejayaan melahirkan anak-anak MARA yang mampu menerajui tonggak negara pada masa hadapan.